Tuesday, July 27, 2010

Makan je: Bahagian 1: FSW

Hey.. Salam... Memandangkan aku tgh BORING ni apa kata kita korek gambar2 lama dalam komputer aku ni utk dijadikan bahan blog kali ni....

Yep, sebenarnya mmg byk bahan yg menarik utk di ceritakan, cuma masa tak mengizinkan aku utk mengarang cerita2 terbabit... Almaklumlah... tgh tak berapa senang... tambah2 lagi dgn masalah yg aku tgh nak setel skrg... Lagilah membuatkan jiwa dan ragaku begitu malas utk menekan2 keyboard ni...

Okay, kali ni aku nak kongsi satu resepi ala chinese utk dijadikan kudap2an waktu minum petang korang, atau boleh juga dijadikan lauk utk lunch atau dinner atau suka hati korang la pedulik apa aku... Yg penting Must try kay...


Ya, ya, kejap, adoi aku nak membebel kejap pun tak boleh... Ok, resepinya ialah.....

Fried Shrimp Wantan...

huh?

O.o !?


"Tak surprise pon!!"

OK

Bahan2nya ialah:
>kulit wantan (boleh beli kat pasaraya)
>udang (di buang kulit)
>blackpepper
>daun bawang
>bawang putih
>tepung jagung
>garam

Teknik2nya:

Lepas cuci bersih udang, cincang halus bersama bawang putih, ikut sukalah nak sehalus mana, yg penting dicincang, aku suka agak kasar sebab terasa shrimp sikit.

Sambil2 tu hiris la daun bawang tu nipis2, bila dah rasa puas cincang udang tu, masuk dalam mangkuk, campur dgn daun bawang td bersama dgn blackpepper, tepung jagung dan garam secukup rasa, dan gaul sebati... (mak cakap org cina pakai telur sebijik, tapi dia tak suka bau telur jadi di ganti dgn tepung jagung>>> Jgn tya sebab aku pun tak tau equality antara telur dgn tepung tu)

Lepas dah gaul sebati jadilah mcm ni:

Sori, dah siap setengah baru ingat nak snap..



Tempekkan sedikit inti tadi atas kulit wantan.




Lipat wantan anda sesuka hati, mengikut citarasa peribadi.




TaDa... Ni la bentuk wantan aku.




Tabur sikit tepung atas pinggan/dulang supaya tak melekat.



Akhir sekali, panaskan minyak dgn api sederhana, goreng wantan sampai warna perang keemasan..

Inilah wantan yg dah siap digoreng, rangup, mmg sedap dimakan begitu saja,
dgn sos yg sesuai mesti lebih sedap.


Ok itulah dia resepi Fried Shrimp Wantan(main hentam je nama ni)...sila2 la mencuba...

Last but not least
1. jgn letak byk sgt blackpepper, nnt pedas dan mempengaruhi rasa
2. boleh jugak kalau tak nak goreng, korang boleh rebus dgn mee atau apa je
3. ni bukan resepi asli, aku main letak je apa aku nak, so far best je rasanya
4. kulit wantan dan kulit popiah adalah BERBEZA...

Selamat Mencuba... (^_^)

Tuesday, July 20, 2010

Mai nak kongsi ILMU.. 1. Darah Tinggi

Hypertension... bila sebut ni semua org tau ni penyakit darah tinggi... dan sekaligus teringat adiknya Diabetes atau kencing manis yg seringkala kelihatan bersama. Mmg tak lekang mereka ni, bila dah kena satu, lambat laun dapatlah satu lagi tu.




Ok, sekarang ni jom fokus kat hypertension dulu. Dari nama je kita tau Hyper= terlebih/berlebihan, tension=tekanan. So, tekanan tinggilah kan? Jantung kita merupakan pam yg tak pernah berhenti(kecuali mati). Sama dgn mana2 pam, ia menghasilkan tekanan, dalam kes ni tekanan pada pembuluh darah(blood vessels).

Ok, tak perlulah nak cerita mcm mana tekanan tu terhasil semua kan.

Jadi, tekanan darah di ukur dalam unit milimeter merkuri(mmHg), di baca sebagai 120/80 mmHg(tekanan normal), bacaan atas di sebut systolic blood pressure(SBP), dan bawah di sebut diastolic blood pressure(DBP).

Yg ni lebih spesifik dan digunapakai oleh kementerian kesihatan malaysia:



Pendek kata:

Normal: 90/60mmHg - 120/80mmHg (roughly)

Pre-hypertension: 120/80mmHg - 140/90mmHg

Hypertention: more than 140/90mmHg

(staging tu diguna for treatment purpose, stage 3 sangat di kait rapat dengan kejadian stroke)


Mcm mana nak tau kita ada penyakit ni??

Mmg senang sebenarnya.

Caranya ialah........




Pegi klinik, check...hehehe

Ye, ini jawapan paling tepat, sbb penyakit ni mempunyai simptom2 yg tidak spesifik dan kebanyakan pengidap hanya mengetahui melalui pemeriksaan random kat tempat kerja atau public places. Believe me you want to check it now, sebab ramai yg tahu masa random check up tu telahpun berada di stage yg lebih advance.


Anyway, ada gak simptom2 biasa mcm:

1. Kerap sakit kepala(headache)
2. Denyutan nadi tak sekata
3. Hidung berdarah(nosebleed)
4. Perubahan penglihatan(vision changes)
5. Lenguh2 dan kelesuan(fatigue)


Setakat ni, kebanyakan pengidap tidaklah diketahui puncanya dan di sebut Essential Hypertension, manakala yg diketahui pula adalah sekunder kepada penyakit lain(buah pinggang,jantung dan sebagainya.


Siapa yg HIGH RISK!!!

Mereka yang:

>kuat merokok(yg tak berapa kuat pun ada risiko gak ye)
>Pemalas nak mati, lepak pejabat je buat kerja, nak gerak pun tak nak, jarang bersenam
>makan main bedal je, takde pantang2, minyak,lemak, yg masin semua dia balun
>yg badan fuh semangat, BMI tinggi
>yg kuat tonggang(alcohol)

INGAT!!

Garam dan cholesterol/lemak tu adalah ramuan utama penyakit darah tinggi...

Silalah kurangkan dalam diet korang dan mulalah ber'exercise...

Alah, kalau tak jaga, ni je yg jadi

->kerosakan buah pinggang
->masalah jantung
->Stroke
->rosak penglihatan
->masalah arteri
->masalah saraf
->MATI
Ya, komplikasi ini boleh membawa MAUT.... maut.....MAut!!!!


Ubatnya pula ada pelbagai jenis mengikut kesesuaian lepas di diagnose oleh doktor anda,
dari alpha blocker ke diuretic, ACEi, ARBs, dan mcm2 lagi. (hati2 kepada yg ada allergic)

Bagi pengidap, jgn lupa ambil ubat anda, sbb setiap kali anda miss ubat means more pills of more advance medicine for you..



OK... KENAPA AKU NAK MEREPEK SEGALA ABOUT THIS SHIT??kan?

"eleh, benda mcm ni aku boleh google je, tak payah kau nak taip panjang2, sama je info kau, no more no less" katanya....

yep, nomonoles, JAP ye.....




kat atas ni intro je beb...

heheh


takdela...

Benda ni mmg simple je, tapi org selalu ambil mudah, bila dah kena baru mengelabah.

Aku tulis sini sebagai peringatan je, supaya yg belum kena tu berjaga2, tak payah la nnt terhegeh2 beratur panjang2 kat klinik ambik ubat kan... semua sihat wal'afiat je.




Yg dah kena pula boleh mengawal apa yg patut.

Ni ada sikit lagi yg aku nak kongsi:

1. gosokkan pada jaw angle korang boleh mengurangkan tekanan darah sebab tindakan ni akan aktifkan satu reflex yg mengurangkan tekanan darah(ni mcm tukang gunting selalu buat)

2. kalau ambil satu2 ubat tu tapi tekanan tak terkawal juga, sila lah tukar ubat kerana ubat tu mungkin tak sesuai dgn anda.

3. Setiap minit akan ada sekurang2nya seorang kena stroke dan dalam 4 minit seorang mati kerana stroke.

4. Orang selalu nasihat minum byk air utk apa2 jenis penyakit, excessive water just make it worse for hypertensive patients, sbb bila blood volume bertambah tekanan pun bertambah... mcm isi air dalam belon, bila terlalu byk air belon akan....

Itu je.

(hak cipta terpelihara oleh jay, copy right, no copy paste.. heheh tak kisahpun sebenarnya... Ilmu ni kalau dikongsi makin berganda, bukan mcm duit.. tak luakpun...Adios)

Salam.

Tuesday, July 13, 2010

In Remembrance....

As i struggle to finish a topic of my 2nd post, i was shocked by the phone call from my mom on 2nd of july.

"Is, lias dah takde!"

"takde?"

"dia dah meninggal Is, jangkitan paru2" she cried even harder

As i receive the news, my heart fills with emotion, I couldn't help myself started to cry, tears coming out like a river from my eyes. I couldn't say anything to my mom as I don't really know how to comfort her feeling, i couldn't even comfort mine.

It was unexpected because he was perfectly well, and he's only in his early 20's.

Lias was my best childhood friend and also my cousin from my mother side.

As the call ended, I pick up my wallet and pull out one of picture I always kept in it, it was a picture of lias and me when we were 9 or 10. I started to crawl back to the memories we had. It was the most precious memories i had. I never thought that he would be gone first.



Now, it's been 12 days, I hope his family can accept the reality and starts moving on.

May his soul rest in peace, Amin.


In remembrance of Arwah Lias(left). Al-Fatihah.



FIVE STAGES OF GRIEF

1. Denial-"this can't be happening to me", setting the table for the person or acting as if they are still in living there. No crying. Not accepting or even acknowledging the loss.

2. Anger-"why me?", feelings of wanting to fight back, for death, anger at the deceased, blaming them for leaving.

3.Bargaining-bargaining often takes place before the loss. Attempting to make deals with God to stop or change the loss. Begging, wishing, praying for them to come back.

4. Depression-overwhelming feelings of hopelessness, frustration, bitterness, self pity, mourning loss of person as well as the hopes, dreams and plans for the future. Feeling lack of control, feeling numb. Perhaps feeling suicidal.

5. Acceptance-there is a difference between resignation and acceptance. You have to accept the loss, not just try to bear it quietly. Realization that it takes two to make or break a marriage. Realization that the person is gone (in death) that it is not their fault, they didn't leave you on purpose. Finding the good that can come out of the pain of loss, finding comfort and healing. Our goals turn toward personal growth. Stay with fond memories of person.


Al-Fatihah.

Tuesday, June 22, 2010

Salam dari seorang sahabat.....


Assalamualaikum!!
selamat datang ke Blog Beras Perang.... Terima kasih kerana sudi menjenguk... Blog ini kepunyaan saya, Jay, merupakan blog peribadi saya... segala kisah adalah benar belaka melainkan di catatkan sebaliknya....

Aku tak pandai membungakan bahasa,

Apatahlagi menguraikan isinya,

menjadi syair menyentuh jiwa,

Aku juga tidak pandai bermadahkan kata,

Menyambungkan semua menjadi cerita,

Aku bukan penglipur lara, bukan juga watak utama,

Aku hanya seorang manusia yang tidak pandai memula bicara,

Mengajak teman merenung rencana,

Mengisi ilmu mengenal dunia,

Apa yang ada dikongsi bersama,

Buat pengajaran dihari muka,

Aku hanya seorang manusia yang tidak pandai mengakhir kata,

Disinilah kita bemula,

Assalamualaikum pembuka bicara.